Thursday, February 17, 2011

Info ringkas bagi yang baru berjinak dgn emas dan perak.

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Insya-Allah, ia memang akan menguntungkan pelabur/pembeli/penyimpan. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kalau kita sanggup tak kacau duit dalam ASB untuk dapat dividen 7% - 8% ujung tahun, takkan tak sanggup simpan emas untuk tempoh yang sama tapi kenaikan harga 27% - 30%? Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun. Yakinlah dengan 'precious metal' anugerah Allah ini. Jika tidak, masakan emas dan perak disebut beberapa kali dalam Al-Quran. Siap ada hukum wajib zakat untuk kedua-dua logam ini. Seolah-olah ada jaminan keuntungan bagi penyimpan emas. Biasanya pembayar zakat adalah orang yang ada harta lebih kan?

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula. Takut nanti tertinggal kapal terbang. Bukan senang nak dapat balik harga minggu lepas, bulan lepas, lagi la tahun lepas..hehe. Ingat: tiada tindakan, tiada pulangan!

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik. Click sini untuk lihat carta harga emas.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas. Selain itu, anda juga boleh manipulasi emas dengan mengunakan teknik pajak di Ar-Rahnu dan menggandakan aset emas anda! Teknik ini akan diceritakan dalam post akan datang.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi kerana kita tidak memegang emas fizikal yang dibeli. Hukum jual beli tanpa wujudnya barang yang dibeli adalah haram. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia dan cabut lari.

6. Ilmu amat penting dalam apa jua bidang. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi, maka menjana keuntungan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas seperti link-link berkaitan pada sidebar blog ini. Apa yang pasti, beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung!!! Ops..satu lagi, dapat bayar zakat bertambah berkat :-)