Thursday, January 13, 2011

Sedikit ilmu berkenaan "Fiat Money"

'Fiat Money' atau wang fiat adalah mata wang yang diisytiharkan oleh sesebuah kerajaan untuk digunakan sebagai alat pembayaran atau transaksi jual beli yang sah. Walaubagaimanapun, ia tidak mempunyai nilai intrinsik dan tidak disokong oleh apa-apa sandaran. Dalam sejarahsebahagian besar mata wang disandarkan pada komoditi fizikal seperti emas atau perak. Tetapi wang kertas hanya bersandarkan kepercayaan.

Sebahagian besar wang kertas di dunia adalah wang fiat. Oleh kerana wang fiat tidak disandarkan dengan simpanan fizikal, ia berisiko menjadi tidak berharga disebabkan hiperinflasiJika masyarakat kehilangan kepercayaan pada mata wang kertas sesuatu bangsa, maka wang tersebut tidak lagi memegang sebarang nilai.

Lihat saja apa dah jadi dengan matawang Iraq yang suatu ketika dulu sangat tinggi berbanding USD. Tapi, oleh kerana peperangan dan keadaan negara yang tidak terurus dengan baik, Dinar Iraq seakan-akan sudah pupus. Jahat betul Amerika!

Nilai emas dan perak tidak sama sekali terjejas dek peperangan, kejatuhan ekonomi dunia mahupun dimanipulasi oleh penyangak matawang seperti George Soros. Malah nilainya akan semakin tinggi bila nilai USD lemah. Nampaknya, dengan menyimpan emas pun boleh dikatakan berjihad menentang Amerika sebagai pengkalan pengganas terbesar sebab depa pun dah goyang bila China (kuasa terbesar ekonomi dunia) dah taknak pegang dollar banyak2 dan mula menyimpan emas. Dollar Amerika yang dicetak berulang kali untuk menampung kos peperangan tanpa bersandarkan apa-apa sedang menungu kejatuhan nilai! Marilah kita jadikan dollar Amerika serupa tisu tandas mcm Tun Mahathir cakap dulu..

No comments:

Post a Comment