Tuesday, May 10, 2011

Tips-tips umum kenaikan dan kejatuhan harga emas/perak.

Berikut adalah tips-tips dari internet, forex trader dan sebagainya.

1. Setiap tahun, kenaikan emas boleh dibahagikan kepada dua, dari Januari ke Jun (fasa awal), dan dari Julai ke Disember(fasa akhir).

Fasa awal : harga akan naik dan turun dalam keadaaan tidak stabil. Dikatakan harga emas akan turun sebelum Tahun Baru Cina (harga jatuh pada waktu ini pada tahun 2010 dan 2011) dan kali kedua pada antara bulan Mei dan Jun. Dalam tempoh fasa pertama ini banyak berlaku naik dan turun harga emas dan perak.

Fasa akhir : waktu di mana harga emas rancak dan mencanak naik sehingga penghujung tahun. Pada waktu ini susah untuk dijangka bila harga akan turun dalam fasa akhir ini. Kebiasaannya waktu terbaik untuk membeli emas adalah dalam lingkungan bulan Julai.

2. Era pelaburan perak mungkin sudah tiba.

Baru-baru ini, kecoh tentang kenaikan perak yang melebihi kenaikan 100% setahun. Ini bermakna tidak mustahil anda membeli jongkong perak bernilai RM100k, nilainya akan menjadi RM200k pada tahun hadapan. Kini semakin ramai yang berminat dengan jongkong perak ini.

Berbanding jongkong emas, teknik pajak-beli emas-pajak masih tidak dapat mengatasi keuntungan membeli jongkong perak ini. Minggu lepas, harga perak jatuh mendadak dari USD47 ke USD34. (maaf kalau tak tepat, kira lebih kurang la ye) dan menyebabkan ramai orang mengambil kesempatan kejatuhan harga perak ini.

3. Emas dan perak mengalami correction

Seperti biasa, kadang-kadang kita boleh tengok pembeli tepuk kepala bila beli sebelum waktu correction. Tapi apa boleh buat, mana kita boleh jangka bila akan turun.

Correction ini adalah keadaan di mana ketika harga naik dengan harga tertinggi dan akan turun semula pada satu tahap. Tempoh kejatuhan harga ini biasanya sementara dan dipanggil correction. (kepada otai-otai, sila betulkan kalau saya salah tentang maksud correction ni).

Bagi yang kurang pengalaman, ini boleh menjurus kepada panic selling, jual semua kerana takut harga akan jatuh lagi. Tetapi bagi kebanyakan pelabur/pembeli yang sudah tahu, ini adalah peluang keemasan untuk menambah stok pada harga yang murah. Tidak kurang juga yang menggunakan teknik merempit (pajak Ar-rahnu).

Tempoh correction ini dipanggil "tempoh berehat" sebelum akan naik lebih tinggi dari sebelum ini. Waktu terbaik beli emas/perak waktu correction? Jika anda lihat di jadual harga di sebelah kiri ini, waktu terbaik adalah harga "we sell" (semasa) adalah lebih rendah dari harga "we buy" (pada waktu tertinggi). Maknanya, kita kena ada rekod harga sebelum-sebelum ini.

4. Harga perak tidak terkawal lagi selepas harga melebihi USD30/oz

Kata seorang yang bermain forex, "Bila harga perak sudah mencecah USD30/oz, ini bermakna JP Morgan sudah tidak dapat mengawal harga pasaran perak. Sebab utama harga perak adalah di bawah USD30/oz adalah disebabkan beliau menstabilkan harga perak. Jadi bila sudah mencecah harga ini, kemungkinan besar harga perak akan terus naik dan terus naik berikutan susah dikawal."

Harus diingatkan ini bukanlah PASTI, cuma JANGKAAN dan bukan RAMALAN.