Monday, December 27, 2010

Sana Sini Situ Siti Emasss




































Dinar Emas Public Gold buat hantaran kahwin. Barula MAS kawin namanya, siap certificate..


Dr. M pun dah support..

Keratan akhbar Harian Metro

Lagi akhbar kena kerat..

Aik! TM pun nak join sekaki..

Sunday, December 26, 2010

ASB v's EMAS

Dividen dan bonus ASB untuk tahun berakhir 31 Disember 2010, telah diumumkan. Dividen sebanyak 7.5% dan bonus sebanyak 1.25%. Dividen dikira keatas simpanan selama setahun dan bonus dikira keatas simpanan selama 10 tahun.

Jika anda mula melabur 10 tahun dahulu, sekarang adalah kali yang ke-sepuluh bakal menerima dividen dan bonus penuh, dividen 7.5% dan bonus 1.25%. Jika ini adalah kali yang pertama dan anda bermula dari Januari lepas, kelayakan anda ialah 7.5% dividen dan 0.125% bonus untuk setahun.

Katakan anda adalah pelabur yang melabur semenjak 10 tahun dahulu. Anda akan menerima pulangan sebanyak 7.5% + 1.25% = 8.75%. Jika anda bermula Januari lepas, pulangan yang bakal diperolehi ialah 7.5% + 0.125% = 7.625%

Anda hanya akan mendapat pulangan maksimum ASB seperti ilustrasi ini jika anda tidak keluarkan duit ini dari akaun. Jika anda withdraw, maka perolehan untung semakin bekurang. (profit base on pro-rate).

Berbanding dengan emas, walaupun anda menukar dalam bentuk cash contohnya pegi ke Ar-Rahnu, harga emas tetap naik. Malah setelah anda tebus balik emas tersebut selepas 6 bulan atau lebih, harga emas confirm akan naik. Tak caye, tanya makcik-makcik yang pakai gelang sampai ke lengan. (tapi bukan emas zhulian ye..hehe)

Keuntungan ASB semakin hari semakin susut. Dulu memang benar pulangan konsisten 10% tapi sekarang 7% ke 8% dah cukup bagus. Itu belum cerita pasal inflasi di Malaysia yang secara purata setiap tahun 4%. Bermakna, nilai duit kertas akan susut sebanyak 4% setiap tahun. RM10,000 dalam akaun bank pada awal tahun, nilai sebenarnya hanya RM6,000 pada akhir tahun. Punca tersembunyi adalah kenaikan harga minyak, barang keperluan dll.

Berbanding dengan kenaikan harga emas yang kalis inflasi. Secara purata kenaikan adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Sebagai contoh harga emas Public Gold 20g pada bulan April 2010 ialah RM 2702 dan pada masa artikel ini ditulis, harga emas 20g ialah RM3159. Bermakna RM3159-RM2702 ialah RM457. Peratus kenaikan dah pun ialah 16.9%. Tu baru 8 bulan. So, kita pikir la sendiri... 


Thursday, December 23, 2010

Emas Sebagai Simbol Kejayaan.

Salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai simbol kejayaan dan kemenangan. Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi meraikan kejayaan, pencapaian tertinggi dan terbaik.
Kejayaan diraikan dengan pingat emas.


Pingat emas sukan Olimpik Vancouver 2010.

Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan dapat pingat atau piala emas. Tak kiralah emas betul ke atau plastik celup warna emas ke, orang tetap panggil pingat emas :P

Piala Dunia 2010 – Piala emas yang hebat.

Kita semua sedia maklum, pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 telah berakhir. Sepanyol telah menjadi juara dunia dan menjulang Piala Dunia buat kali pertama. Tahniah untuk Sepanyol. Campeones Espana !!! 
spain_menang_world_cup
Semua pemain Sepanyol gembira meraikan kemenangan mereka.
Kemenangan hebat mereka diserikan dengan menjulang Piala Dunia yang diperbuat daripada emas. Apa kata kita jengok kejap fakta Piala Dunia yang istimewa ini (klik sini)

Fakta Piala Dunia FIFA.
1. Ia diperbuat daripada emas 18 Karat
2. Beratnya ialah 5 kilogram
3. Ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter).


Pergh!!! memang best!!! (Bila la Malaysia nak merasa yee..)

world-cup-trophy
Piala Dunia FIFA.

Cuba bayangkan diri anda menjulang emas seberat 5 kilo. Memang sah anda akan teruja dan rasa sangat luar biasa. Ini kerana emas mempunyai auranya yang tersendiri.
APTOPIX South Africa Soccer WCup Final Netherlands Spain
Bestnyer menjulang piala emas (emas betul pulak tu)



Emas lambang kejayaan di akhirat.

Selain menjadi simbol kejayaan di dunia, emas juga merupakan simbol kejayaan di akhirat.
Ini kerana, setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23:
 al-hajj-23-2
Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

Menjadi penghuni syurga adalah tanda kemenangan bagi kita yang hidup di dunia.
Sudah pasti kita inginkan syurga bukan?

gelang_emas
Ini gambar gelang emas kat dunia. Gelang emas kat akhirat kita tak tahu cammana rupanya. Yang pasti.. ia semestinya sangat cantik kerana ia adalah hadiah dari Allah yang Maha Kaya kepada hamba-hambanya yang berjaya.

Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.
Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.
Jika anda berjaya di dunia – anda akan dapat hadiah pingat atau piala emas
Jika anda berjaya masuk ke syurga – anda mendapat hadiah gelang emas.

Public_gold_100g
Emas menyebabkan pemiliknya berasa kaya dan berjaya.


Kesimpulan.


1. Emas sangat istimewa. Ia adalah simbol kejayaan.
2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.
3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga. Wow!

4. Kalau nak simpan emas, disarankan anda menyimpan emas betul, bukan emas
    atas kertas tu (Maybank GSPA atau Public Bank GIA).
    Ini kerana aura emas fizikal jauh lebih hebat dari emas dalam buku.

Wednesday, December 22, 2010

Carta Harga Emas

Emas merupakan simpanan atau pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang. Yang paling penting, TIADA UNSUR RIBA' yang haram dalam pelaburan emas. Yang bertambah berkat, kita dapat membantu golongan miskin dengan membayar zakat emas apabila cukup haul simpanan emas. Menarik dan very Islamic bukan?


Carta Harga Emas Tahun 2010
Carta Harga Emas 5 Tahun















Carta Harga Emas 10 Tahun

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun! Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25% – 28% setahun). ASB pun 8% - 12% je bang.. Jom kita jadi cerdik dengan memilih yang terbaik untuk ekonomi keluarga dan Islam - "the way of life"