Monday, October 24, 2011

Beza Harga Jual dan Harga Beli Emas Public Gold (Spread Percentage)

Antara perkara penting yang perlu dilihat semasa ingin membeli emas keluaran sesuatu syarikat adalah "spread" atau pun pengurangan harga belian balik oleh syarikat tersebut berbanding harga semasa pada hari emas dijual balik. Semakin kecil peratusan "spread" yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat, semakin besar keuntungan yang akan kita perolehi. Ini kerana "spread" juga boleh ditakrifkan sebagai susut nilai harga emas tersebut dibandingkan dengan harga semasa (bukan harga belian dahulu). Untuk mencapai keuntungan, kita sepatutnya menjual balik emas yang kita beli apabila ia meningkat harga lebih dari peratusan "spread" yang ditetapkan.


Spread jualan balik untuk emas Public Gold adalah seperti berikut mengikut jenis produk:-


Gold Bar 999.9
10 gram = 6.5%
20 gram = 6%
50 gram = 5.50%
100 gram = 5%
250 gram = 4.5%

Dinar / Gold Coin 916
1 Dinar = 6%
5 Dinar = 5.5%
10 Dinar = 5%

i-Series 22K Jewellery 916 
10 gram = 10%
20 gram = 10%
50 gram = 10%
100 gram = 10%

D-Series 22K Jewellery 916
1 gram = 18%

Silver Bar 999
100 gram = 15%
250 gram = 14%
500 gram = 13%
1 kilogram = 12%

Tuesday, May 10, 2011

Tips-tips umum kenaikan dan kejatuhan harga emas/perak.

Berikut adalah tips-tips dari internet, forex trader dan sebagainya.

1. Setiap tahun, kenaikan emas boleh dibahagikan kepada dua, dari Januari ke Jun (fasa awal), dan dari Julai ke Disember(fasa akhir).

Fasa awal : harga akan naik dan turun dalam keadaaan tidak stabil. Dikatakan harga emas akan turun sebelum Tahun Baru Cina (harga jatuh pada waktu ini pada tahun 2010 dan 2011) dan kali kedua pada antara bulan Mei dan Jun. Dalam tempoh fasa pertama ini banyak berlaku naik dan turun harga emas dan perak.

Fasa akhir : waktu di mana harga emas rancak dan mencanak naik sehingga penghujung tahun. Pada waktu ini susah untuk dijangka bila harga akan turun dalam fasa akhir ini. Kebiasaannya waktu terbaik untuk membeli emas adalah dalam lingkungan bulan Julai.

2. Era pelaburan perak mungkin sudah tiba.

Baru-baru ini, kecoh tentang kenaikan perak yang melebihi kenaikan 100% setahun. Ini bermakna tidak mustahil anda membeli jongkong perak bernilai RM100k, nilainya akan menjadi RM200k pada tahun hadapan. Kini semakin ramai yang berminat dengan jongkong perak ini.

Berbanding jongkong emas, teknik pajak-beli emas-pajak masih tidak dapat mengatasi keuntungan membeli jongkong perak ini. Minggu lepas, harga perak jatuh mendadak dari USD47 ke USD34. (maaf kalau tak tepat, kira lebih kurang la ye) dan menyebabkan ramai orang mengambil kesempatan kejatuhan harga perak ini.

3. Emas dan perak mengalami correction

Seperti biasa, kadang-kadang kita boleh tengok pembeli tepuk kepala bila beli sebelum waktu correction. Tapi apa boleh buat, mana kita boleh jangka bila akan turun.

Correction ini adalah keadaan di mana ketika harga naik dengan harga tertinggi dan akan turun semula pada satu tahap. Tempoh kejatuhan harga ini biasanya sementara dan dipanggil correction. (kepada otai-otai, sila betulkan kalau saya salah tentang maksud correction ni).

Bagi yang kurang pengalaman, ini boleh menjurus kepada panic selling, jual semua kerana takut harga akan jatuh lagi. Tetapi bagi kebanyakan pelabur/pembeli yang sudah tahu, ini adalah peluang keemasan untuk menambah stok pada harga yang murah. Tidak kurang juga yang menggunakan teknik merempit (pajak Ar-rahnu).

Tempoh correction ini dipanggil "tempoh berehat" sebelum akan naik lebih tinggi dari sebelum ini. Waktu terbaik beli emas/perak waktu correction? Jika anda lihat di jadual harga di sebelah kiri ini, waktu terbaik adalah harga "we sell" (semasa) adalah lebih rendah dari harga "we buy" (pada waktu tertinggi). Maknanya, kita kena ada rekod harga sebelum-sebelum ini.

4. Harga perak tidak terkawal lagi selepas harga melebihi USD30/oz

Kata seorang yang bermain forex, "Bila harga perak sudah mencecah USD30/oz, ini bermakna JP Morgan sudah tidak dapat mengawal harga pasaran perak. Sebab utama harga perak adalah di bawah USD30/oz adalah disebabkan beliau menstabilkan harga perak. Jadi bila sudah mencecah harga ini, kemungkinan besar harga perak akan terus naik dan terus naik berikutan susah dikawal."

Harus diingatkan ini bukanlah PASTI, cuma JANGKAAN dan bukan RAMALAN.

Saturday, April 30, 2011

Prestasi Harga Emas 2011 Setakat April

Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns 




HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam (20 April 2011), apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.
Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.
Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns. 

“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov. 

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. 

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil. 
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu. 

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga. 

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi. 

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.” 

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu. 

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008. 

“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP 



p/s: Ketika post ini dipublish, harga semasa adalah USD1,565.70 /oz
       Lebih kurang RM167/g (916) & RM172/g (999.9) 
       Kesimpulan: Simpanlah emas sekarang, jangkaan harga akhir tahun mencecah USD1,700/oz

Tuesday, March 1, 2011

Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam

  • Oleh kerana Dinar adalah emas, maka nilainya begitu kukuh dan tahan inflasi. Zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar bersamaan nilai seekor kambing dan sekarang pun nilai 1 Dinar (lebih kurang RM650) masih boleh membeli seekor kambing. Dah lebih 1400 tahun pun masih tak berubah, malah makin meningkat nilainya. Berbanding matawang biasa, jika waktu kita sekolah dulu cukup hanya 50sen sehari berbelanja di kantin, sekarang tidak lagi. Anak-anak kita perlu diberi paling kurang 2 ringgit sehari supaya tidak hanya dapat minum segelas air saja pada waktu rehat. Inilah yang dimaksudkan inflasi dan penyusutan nilai matawang sekarang. Bukan sebab harga barangan naik, tapi sebenarnya duit kita dah susut nilai tanpa disedari. Ingat, purata kadar inflasi tahunan Malaysia adalah 4%. Bermakna, simpan duit kertas bernilai RM10,000 pada awal tahun maka jumlah yang sama pada akhir tahun sebenarnya hanya bernilai RM9,600. Fikir-fikirkanlah..
  • Justeru nilai Dinar tidak berkurang, malah meningkat dari tahun ke tahun, maka tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa tidak akan terjadi. Di samping tidak dipengaruhi oleh kadar inflasi, Dinar juga tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Dengan lain perkataan, Dinar adalah wang bebas riba'. Kestabilan Dinar juga akan mempromosikan perdagangan dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa.
  • Melihat pentingnya peranan Dinar dan Dirham dalam menstabilkan sekaligus memulihkan ekonomi umat, maka fiat money (wang kertas) dianggap sebagai musuh utama ekonomi Islam. Tanpa menggantikan fiat money dengan Dinar dan Dirham, institusi-institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (takaful), bond Islam (sukuk), dan pajak gadai Islam (ar-Rahn) tidak akan dapat dioperasikan 100% murni berteraskan al-Qur'an. Operasi institusi kewangan Islam tanpa kehadiran Dinar dan Dirham sangat sukar dibebaskan dari praktik-praktik riba', gharar, dan maysir. (Shabri, M., 2006)
  • Bagaimanapun, semua pakar ekonomi Islam kontemporari yang mengkaji tentang usaha pendaulatan Dinar dan Dirham sebagai matawang tunggal dunia Islam bersetuju agar ianya didaulatkan secara berperingkat-peringkat. (Meera, A.K.M dan Aziz, H., 2002)

Thursday, February 17, 2011

Info ringkas bagi yang baru berjinak dgn emas dan perak.

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Insya-Allah, ia memang akan menguntungkan pelabur/pembeli/penyimpan. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kalau kita sanggup tak kacau duit dalam ASB untuk dapat dividen 7% - 8% ujung tahun, takkan tak sanggup simpan emas untuk tempoh yang sama tapi kenaikan harga 27% - 30%? Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun. Yakinlah dengan 'precious metal' anugerah Allah ini. Jika tidak, masakan emas dan perak disebut beberapa kali dalam Al-Quran. Siap ada hukum wajib zakat untuk kedua-dua logam ini. Seolah-olah ada jaminan keuntungan bagi penyimpan emas. Biasanya pembayar zakat adalah orang yang ada harta lebih kan?

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula. Takut nanti tertinggal kapal terbang. Bukan senang nak dapat balik harga minggu lepas, bulan lepas, lagi la tahun lepas..hehe. Ingat: tiada tindakan, tiada pulangan!

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik. Click sini untuk lihat carta harga emas.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas. Selain itu, anda juga boleh manipulasi emas dengan mengunakan teknik pajak di Ar-Rahnu dan menggandakan aset emas anda! Teknik ini akan diceritakan dalam post akan datang.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi kerana kita tidak memegang emas fizikal yang dibeli. Hukum jual beli tanpa wujudnya barang yang dibeli adalah haram. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia dan cabut lari.

6. Ilmu amat penting dalam apa jua bidang. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi, maka menjana keuntungan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas seperti link-link berkaitan pada sidebar blog ini. Apa yang pasti, beli emas untung, simpan emas untung, jual emas pun untung!!! Ops..satu lagi, dapat bayar zakat bertambah berkat :-)

Tuesday, January 25, 2011

Apakah Kelebihan Membeli Emas/Perak Keluaran Public Gold ?

  1. Kos pelaburan jongkong emas/perak yang paling murah di Malaysia.
  2. Harga emas/perak secara live yang diupdate setiap 20 minit.
  3. Sistem penempahan secara online 24jam. (syarikat pertama di Malaysia)
  4. Stok emas/perak sentiasa ada kerana memiliki kilang sendiri.
  5. Harga rendah berbanding harga di kedai emas. (tidak dikenakan kos upah)
  6. Mempunyai sijil ketulenan yang sah. (ditandatangani oleh assayer: Abdul Shukur Anuar)
  7. Jaminan pembelian balik walaupun ada kesan calar, gores, bengkok atau kemek asalkan berat tetap sama semasa timbangan.
  8. Spread (perbezaan harga jualan dan belian balik yang terendah) antara 5% - 6% sahaja.
  9. Emas boleh digadaikan di Ar-Rahnu untuk tunai segera. (amat sesuai untuk peniaga-peniaga yang memerlukan modal pusingan bisnes segera tanpa perlu mengisi borang-borang dan mencari penjamin)
  10. Kepelbagaian produk dan pengeluar gold/silver bar tempatan yang pertama yang mendapat pengiktirafan assayer serta mencipta rekod 'The Malaysia Book of Record'.
  11. Berpeluang untuk menjadi dealer Public Gold jika membuat pembelian yang memenuhi syarat.