Tuesday, March 1, 2011

Kepentingan Dinar Emas dalam Ekonomi Islam

  • Oleh kerana Dinar adalah emas, maka nilainya begitu kukuh dan tahan inflasi. Zaman Rasulullah SAW, 1 Dinar bersamaan nilai seekor kambing dan sekarang pun nilai 1 Dinar (lebih kurang RM650) masih boleh membeli seekor kambing. Dah lebih 1400 tahun pun masih tak berubah, malah makin meningkat nilainya. Berbanding matawang biasa, jika waktu kita sekolah dulu cukup hanya 50sen sehari berbelanja di kantin, sekarang tidak lagi. Anak-anak kita perlu diberi paling kurang 2 ringgit sehari supaya tidak hanya dapat minum segelas air saja pada waktu rehat. Inilah yang dimaksudkan inflasi dan penyusutan nilai matawang sekarang. Bukan sebab harga barangan naik, tapi sebenarnya duit kita dah susut nilai tanpa disedari. Ingat, purata kadar inflasi tahunan Malaysia adalah 4%. Bermakna, simpan duit kertas bernilai RM10,000 pada awal tahun maka jumlah yang sama pada akhir tahun sebenarnya hanya bernilai RM9,600. Fikir-fikirkanlah..
  • Justeru nilai Dinar tidak berkurang, malah meningkat dari tahun ke tahun, maka tindakan spekulatif di pasaran wang antarabangsa tidak akan terjadi. Di samping tidak dipengaruhi oleh kadar inflasi, Dinar juga tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Dengan lain perkataan, Dinar adalah wang bebas riba'. Kestabilan Dinar juga akan mempromosikan perdagangan dan menstabilkan sistem kewangan antarabangsa.
  • Melihat pentingnya peranan Dinar dan Dirham dalam menstabilkan sekaligus memulihkan ekonomi umat, maka fiat money (wang kertas) dianggap sebagai musuh utama ekonomi Islam. Tanpa menggantikan fiat money dengan Dinar dan Dirham, institusi-institusi kewangan Islam seperti bank Islam, insurans Islam (takaful), bond Islam (sukuk), dan pajak gadai Islam (ar-Rahn) tidak akan dapat dioperasikan 100% murni berteraskan al-Qur'an. Operasi institusi kewangan Islam tanpa kehadiran Dinar dan Dirham sangat sukar dibebaskan dari praktik-praktik riba', gharar, dan maysir. (Shabri, M., 2006)
  • Bagaimanapun, semua pakar ekonomi Islam kontemporari yang mengkaji tentang usaha pendaulatan Dinar dan Dirham sebagai matawang tunggal dunia Islam bersetuju agar ianya didaulatkan secara berperingkat-peringkat. (Meera, A.K.M dan Aziz, H., 2002)

1 comment: