Sunday, December 26, 2010

ASB v's EMAS

Dividen dan bonus ASB untuk tahun berakhir 31 Disember 2010, telah diumumkan. Dividen sebanyak 7.5% dan bonus sebanyak 1.25%. Dividen dikira keatas simpanan selama setahun dan bonus dikira keatas simpanan selama 10 tahun.

Jika anda mula melabur 10 tahun dahulu, sekarang adalah kali yang ke-sepuluh bakal menerima dividen dan bonus penuh, dividen 7.5% dan bonus 1.25%. Jika ini adalah kali yang pertama dan anda bermula dari Januari lepas, kelayakan anda ialah 7.5% dividen dan 0.125% bonus untuk setahun.

Katakan anda adalah pelabur yang melabur semenjak 10 tahun dahulu. Anda akan menerima pulangan sebanyak 7.5% + 1.25% = 8.75%. Jika anda bermula Januari lepas, pulangan yang bakal diperolehi ialah 7.5% + 0.125% = 7.625%

Anda hanya akan mendapat pulangan maksimum ASB seperti ilustrasi ini jika anda tidak keluarkan duit ini dari akaun. Jika anda withdraw, maka perolehan untung semakin bekurang. (profit base on pro-rate).

Berbanding dengan emas, walaupun anda menukar dalam bentuk cash contohnya pegi ke Ar-Rahnu, harga emas tetap naik. Malah setelah anda tebus balik emas tersebut selepas 6 bulan atau lebih, harga emas confirm akan naik. Tak caye, tanya makcik-makcik yang pakai gelang sampai ke lengan. (tapi bukan emas zhulian ye..hehe)

Keuntungan ASB semakin hari semakin susut. Dulu memang benar pulangan konsisten 10% tapi sekarang 7% ke 8% dah cukup bagus. Itu belum cerita pasal inflasi di Malaysia yang secara purata setiap tahun 4%. Bermakna, nilai duit kertas akan susut sebanyak 4% setiap tahun. RM10,000 dalam akaun bank pada awal tahun, nilai sebenarnya hanya RM6,000 pada akhir tahun. Punca tersembunyi adalah kenaikan harga minyak, barang keperluan dll.

Berbanding dengan kenaikan harga emas yang kalis inflasi. Secara purata kenaikan adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Sebagai contoh harga emas Public Gold 20g pada bulan April 2010 ialah RM 2702 dan pada masa artikel ini ditulis, harga emas 20g ialah RM3159. Bermakna RM3159-RM2702 ialah RM457. Peratus kenaikan dah pun ialah 16.9%. Tu baru 8 bulan. So, kita pikir la sendiri... 


No comments:

Post a Comment